Home

Program Pengijazahan Jarak Jauh Tendai- PPJJT

Selamat Datang Ke Kursus Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)

“Ramai orang yang masih lagi mencari cari bagaimana nak bangkitkan potensi diri mereka. 

Dengan latihan khas melalui pernafasan, secara automatik satu tenaga dalaman dalam diri diaktifkan. Tenaga ini membantu untuk mudahkan capai impian dengan cepat, untuk kesihatan dan keyakinan diri. 

Saya Hadzrin Shaari mengamalkan dan berkongsikan ilmu teknik rahsia pernafasan TENDAI sejak tahun 2008. 

Semoga kita dapat sama sama tingkatkan diri kita dengan membangkitkan potensi dalaman diri.”

Macamana Nak Belajar Ilmu Yang Ampuh

Apa Kelebihan Belajar Ilmu Di sini.

Ramai yang dah dapat peluang dan rezeki untuk belajar ILMU RAHSIA ini dan ramai yang sekarang ini mengamalkannya mendapat banyak manfaat. 

Ada yang dulu sakit kerana buatan orang kini Alhamdulillah. Ada yang nak capai pelbagai hajat kini dah tercapai.

ILMU AMPUH UNTUK : MENARIK REZEKI , PERLINDUNGAN , RAWATAN , KEBAHAGIAAN , KESIHATAN , MENCAPAI IMPIAN DENGAN PANTAS PENGISIAN JARAK JAUH DAYA SEJATI INSANI

Ilmu Daya Sejati Insani adalahgabungan berbagai aliran perguruandan berbagai kaedah TANPA mengubah akidah atau pegangan sesuatu agama atau adat sesuatu kaum ditambah pula dengan pola latihan yang mudah tanpa berhubung dengan sesuatu agama , adat resam sesuatu kaum malah tanpa menggunakan kuasa ghaib jin, khodam , syaitan , azimat atau lain-lain bantuan.

Anda masih berkemampuan memiliki keilmuan “KESEJATIAN DIRI” yang “MULTI FUNGSI”di mana selama ini keilmuan ini sangat“RAHSIA”kerana sifat keilmuan ini sendiri sangat dirahsiakan.

Dalam ilmu beladiri , ia dirancang khusus dan sangat mudah dipelajari oleh sesiapa pun sama ada orang dewasa , kanak-kanak, wanita malah bagi mereka yang cacat anggota sekalipun masih boleh memiliki keilmuan ini.

Secara tak langsung dapat keilmuan ini menambah rasa keimanan kita kepada ALLAH SWT, nilai ibadat kita dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa seterusnya dapat meningkat kepercayaan pada diri sendiri.

Ilmu Daya Sejati Insani ini adalah untuk semua hajat kehidupan yang dilakukan TANPA ritual puasa , latihan jurus berjam-jam, zikir, meditasi dan bermacam- macam lagi, setelah ½ jam waktu pengisian yang hanya mengambil masa 15 minit anda sudah boleh menguji keberadaan ilmu dan seterusnya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri dan orang lain secara spiritual.

Adapun keberadaan ilmu ini adalah kekal selama-lamanya dan dapat pula turun kepada orang lain tanpa mengurangkan ilmu yang ada malah keilmuan anda bertambah dan terus bertambah setelah menerima ijazah TENDAI MASTER.

Jin / Makhluk Halus akan lari di saat melihat kita dan penyakit medis dan non medis mula mengurang apabila terkena sentuhan jari kita. Sekali lagi kita tekankan disini , tanpa perlu Azimat , Air Keramat, Tasbih Keramat, Minyak Keramat, Khodam, Jin tanpa perlu pendamping dan bermacam-macam lagi anda masih berpeluang mempunyai keilmuan yang anda ingini tanpa perlu memperjudikan hidup anda pada syaitan dan makhluk halus.

APAKAH MANFAAT TENDAI ?

MANFAAT TENDAI :

Menambahkankecerdasan fizikal , mental , emosi dan rohani

Meningkatkan kewibawaan diri , disegani , dikasihi , dihormati kemana sahaja anda pergi.

Meningkatkan kecerdasan minda, lulus peperiksaan, mudah hafal dan kuat ingatan

Mendinding diri dan orang lain dari semua bentuk gangguan samada manusia mahupun makhluk halus dan ilmu hitam. Boleh membuat benteng rumah sendiri dan orang lain.

Merawat pelbagai jenis penyakit dengan hanya sentuhan tangan dan air kosong sahaja, tanpa jampi serapah. Termasuk kena ilmu hitam, sihir, kerasukan , gangguan makhluk halus , musnahkan ilmu hitam dan sihir dari jauh dan pelbagai lagi.

Meraih pelbagai ilham untuk pelbagai urusan dalam kehidupan seperti dalam bidang kerezekian, perniagaan dan pekerjaan.

Membangkitkan semangat dan jati diri ke tahap yang tinggi sehingga berwibawa dan disegani.

Mempengaruhi orang lain, kata-kata didengar orang, buah fikiran diterima orang.

Dapat mengisi energi kepada sesiapa sahaja bagi tujuan rawatan.

Mengaktifkan indera ke-6 gerak hati lebih peka.

Menambahkan kekuatan fizikal, tahan dari serangan penyakit.

Energi akan bertindak secara automatik ketika terdesak, walaupun anda dalam keadaan tertidur. Insya ALLAH. Malah musuh yang menyerang anda akan terpelanting sebelum serangannya mengenai anda dengan hanya olahan nafas.

Dan banyak lagi manfaat dan kegunaannya untuk anda seharian yang tidak dapat dinyatakan disini… sekali lagi dinyatakan bahawa kegunaanya tidak terhad untuk perkara diatas sahaja…terpulang kepada hajat anda. Di atas hanyalah sekadar contoh yang dapat dikongsi bersama. Mudah-mudahan ia dapat mengubah kehidupan anda kearah yang lebih baik dari sebelumnya…Insya ALLAH…Amin.

 

PERKARA – PERKARA DI ATAS BUKANLAH HANYA OMONGAN KOSONG TETAPI IA ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN AHLI – AHLI TENDAI YANG DULUNYA TERCARI – CARI ILMU YANG AMPUH SEPERTI ANDA

Apakah makna ilmu ini ada kaitan dengan ilmu hitam atau perkara –perkara yang boleh mensyirikkan ALLAH ?

Tendai adalah singkatan daripada Tenaga Dalam Illahi. Ini bermakna tenaga dalam yang kita jana dan bangkitkan bersumber dari kekuatan yang ALLAH kurnia. Tiada sebarang amalan yang pelik atau sebarang zikir yang berat dan amalan yang berat.

Ia hanyalah pembangkitan tenaga dalam melaluitransfer energi pembuka atau pembangkitdari Tendai Master kepada murid. Maka murid menerima pembukaan ilmu dan dibangkitkan tenaganya yang terpendam selama ini.

Apakah latihannya berat kerana kebiasaannya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih dan tidak dapat meluangkan masa…?

Latihan Tendai adalah yang termudah dalam ilmu tenaga dalam. Ia adalah himpunan dan ringkasan daripada ilmu – ilmu metafizik yang bertebaran di seluruh pelusuk nusantara, termasuklah juga dari Negara barat. Latihannya hanyalah 15 minit sahaja sekali latihan.

Latihannya hanya melibatkanolahan pernafasan. Tarik nafas tahan nafas dan hembus nafas. Tiada sebarang ayat yang terpaksa dihafal panjang-panjang atau susah.

Adakah selepas pengisian ilmu ini terus boleh digunakan ? Adakah kesannya dapat dirasakan bahawa Energi itu telah ditransferkan ?

Selepas pengisian dalam 20 minit, ilmu initerus boleh digunakan. Kaedah penggunaannya akan dijelas dalam diklat panduan Aplikasi Tendai yang akan disertakan untuk Ahli baru.

Setelah pengisian anda akan dapat merasa samada terasa haba di telapak tangan , terasa semut-semut, kebas-kebas atau terasa mencucuk di hujung jari.Namun kesan ini berlainan pada setiap orang.

Adakah ilmu ini kekal sampai bla-bila ? Adakah ia boleh hilang sekiranya melakukan sesuatu yang menyalahi agama seperti meninggalkan solat dan sebagainya ?

Keilmuan yang telah diisi tidak hilang sampai bila-bila. Sepanjang hayat.Tiada sebarang pantang larangyang tidak boleh dilakukan. Sekiranya anda meninggalkan solat atau melakukan dosa , itu adalah tanggungjawab anda sendiri, dan ia adalah urusan anda dengan Tuhan.

Namun demikian sekiranya ingin mendapat keberhasilan ilmu ini dengan lebih baik,meninggalkan segala perkara yang dilarang agama adalah yang terbaik.

Adakah ilmu ini boleh dikuasai oleh semua orang ? Atau hanya orang yang sudah mempunyai hati yang bersih sahaja ?

Sekali lagi diingatkan disini bahawa sesiapa sahaja boleh menguasai ilmu ini dan memperolehi hasilnya seperti yang diinginkan. Tidak mengira jenis apa sekalipun orang itu. Boleh dikuasai oleh semua bangsa dan agama.

Bolehkah saya belajar ilmu lain atau bolehkah ia serasi dengan ilmu yang pernah saya tuntut ?

Boleh belajar ilmu lain dan tidak ada sebarang efek negative dengan mana-mana ilmu yang telah dipelajari dan tidak Berjaya. Insya ALLAH boleh dibangkitkan semula dengan jaya.

Namun segala ilmu hitam atau ilmu yang berunsur negative akan tertolak atauterkeluar secara automatik, tanpa meninggalkan sebarang kesan buruk.

Apakah ilmu ini boleh untuk apa jua hajat ?

Ya, ilmu ini boleh digunakan untuk apa jua hajat anda. Penggunaannya tidak terhad. Cara penggunaannya amatlah mudah. Cuma niatkan didalam hati, maksudnya doa dalam hati minta apa yang kita inginkan. Kemudian tenangkan diri, rasakan getaran ,semut –semut atau habapada telapak tangan.

Selepas itu selesai , itu sahaja. Ilmu ini tidak mendatangkan sebarang mudarat atau kesan negative mahupun kesan yang buruk kepada penuntutnya. Insya ALLAH.

Perlukah latihan untuk ilmu ini ? Sampai bila berlatih ?

Latihan diperlukan untukmenstabilkan energyatau tenaga dalam badan yang telah diisi . ia diperlukan kerana anda telah menerima sesuatu yang baru dalam badan anda.Jadi ia perlu diserasikan dan diselaraskan mengikut kapasiti yang perlu anda tampung.


Sekiranya tiada latihan tersebut,energy tidak dapat serasi dengan anda. Namun ia tetap ada dan boleh digunakan tetapi anda terasa badan anda kurang enak dan kurang selesa.

Latihannya memerlukan 3 minggu untuk peringkat dasar. Ataupun bersamaan 21 hari. Ia bukanlah wajib dilakukan berturut-turut setiap hari. Apa yang penting ialah habiskan latihan selama 21 hari.

Adakah sukar untuk menggunakannya, bagaimana sekiranya saya ada sebarang masalah?

Selepas pengisian selama 20 minit, olahan pernafasan. Anda terus boleh menggunakan ilmu ini untuk apa saja. Segala jenis kegunaan dan panduan akan dijelaskan dengan terperinci dan mudah difahami akan disertakan.

Sebarang masalah anda boleh terus menghubungi saya melalui talian telefon, email, surat dan sms. Untuk surat, pastikan mempunyai setem 30sen untuk balasan.

Bilakah saya boleh belajar peringkat GURU ?

Anda boleh membayar mahar peringkat Guru terus iaituRM/BRUNEI/SINGAPURA/US 650. Namun begitu anda perlu melalui latihan peringkat dasar juga selama 21 hari. Selepas tamat terus hubungi PENGIJAZAH.

Bagi peringkatDASAR Mahar RM/SINGAPURA/BRUNEI/US 165. Selepas membuat latihan 21 hari anda perlu menghubungi saya dan membuat bayaran untuk peringkatGURU RM/BRUNEI/SINGAPURA/US 650. Anda akan diijazahkan dengan peringkat GURU.


Dalam peringkat GURU anda akan dibuat pengisian lain. Anda akan menguasai pelbagai ilmu kesaktian dari seluruh pelusuk Nusantara , terutamanya dari tanah jawa dan tanah Melayu.

Ilmu-ilmu warisan dari para kiyai serta sesepuh tanah Jawa dan Melayu. Anda juga boleh terus ke peringkat Grand Master RM/BRUNEI/SINGAPURA/US 2,800tanpa sebarang latihan ke peringkatSUPER GRAND MASTER RM 7,000

Perkongsian Ahli Tendai

Testimoni Ahli Tendai

Salam master....semoga diberikan kesihatan, keberkatan kekayaan dan kenikmatan hidup ini....saya cuma nak berkongsi sedikit dr pengalaman sebelum dan selepas mengikuti tendai bermula dr dasar, master dan sehingga ketahap g/master... ALHAMDULILLAH...saya bersyukur byk perubahan pd diri saya.....contohnya....semangat utk berubah dr negetif kpd yg lebih positif....menampakkan hasil.......saya bekerja sebagai sales marketing....setiap hr sibuk dgn kerenah customer...dan masalah dr berbagai pihak....insyaALLAH semuanya berjalan dgn lancar....ok...yg ni saya kongsikan 1 pengalaman menarik ialah saya selalu menghantar mesej menggunakan gelombang niat utk menjemput kawan2 atau customer2 saya dtg atau menghubungi saya tanpa menggunakan telefon.... mereka rasa tergerak hati nak contact saya selepas beberapa hari saya menghantar mesej menggunakan gelombang energi yg master pernah ajarkan pd saya dahulu.....mmg menjadi..........boleh katakan saya senang utk close sale ....sampai hari ini saya masih lakukan senaman pernafasan biomagnetik pd setiap malam khamis.....thanks master..........
Hasrul Ikram
Ipoh
Hadzrin.com kini kembali dengan wajah baru. Nampak lebih elegan dan ber-aura. ilmu-ilmu berguna yang banyak di kongsikan master hadzrin dalam blog ini banyak membantu saya menghadapi hidup yang semakin mencabar kini. Pembangkitan potensi diri melalui pengijazahan tendai adalah yang terbaeekk sekali. "Super grand master" adalah peringkat tertinggi yang di tawarkan. Kini sudah hampir setahun bersama energi "super". Hidup lebih ceria, masalah terasa ringan, jiwa lebih tenang, pangkat sudah naik dan gaji punn makin tinggi. Alhamdulillah.....Terima kasih master hadzrin.
Din
Klang​
Hidup saya lebih tenang dan rezeki sentiasa ada. Ketenangan juga merupakan salah satu rezeki dari Allah. Peluang mendapat rezeki sering datang sama ada secara ilham atau diberi oleh rakan-rakan.
Kolonel Adzhar Hamdan
Kuala Lumpur
Salam Master, Pertama kali lihat blog ni, ada seperti kuasa yang menarik untuk terus mengikuti setiap panduan dan nasihat yang ada terkandung di dalamnya dari awal post sampai sekarang. Pada ketika itu saya tercari-cari satu ilmu metafizik yang dapat memberikan panduan untuk kaya didunia dan akhirat. Setelah saya cuba beberapa panduan dan nasihat yang diberikan, ia ada kesan seperti dapat duit yang kita tak jangka dan dipermudahkan segala urusan kita. Kemudian saya pun mengambil pengijazahan Tendai peringkat dasar dan seterusnya peringkat master. InsyaAllah saya akan teruskan ke peringkat super grand master. Banyak pengalaman menarik apabila kita mengaplikasikan ilmu Tendai ini. Antaranya bila anak tengah menangis boleh berhenti dengan menggunakan jurus tertentu, rezeki sentiasa ada dan selalu dapat rezeki yang tidak disangka-sangka, boleh transfer energy, yang paling best kalau kat pejabat kalau ada masalah pada komputer bila jumpa saya masalah itu selesai sebelum saya cuba buat sesuatu. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan petunjuk kepada suatu ilmu yang amat hebat. Seperti Firman Allah di dalam Surah 7 (Al A'raf) Ayat 69 yang bermaksud : " Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat dari Tuhan kamu, melalui lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya." Master Hadzrin, Anda Kaya Dan Berjaya, Dunia dan Akhirat...
Halim
Klang, Selangor
Belum belajar lagi...baru baca dan menghayati apa yg dipaparkan mengenai ilmu spiritual..dah mula rasakan perubahan pada diri saya..mcm ada sesuatu yg dapat saya rasakan...tak tau mcm mana nak ckap..tapi dah mula ada keyakinan pd diri ini. Terima Kasih Master Hadzrin...
Jaafar bin Abu Bakar
Johor Bahru
Dengan izin dan Kekuasaan ALLAH SWT saya telah menemui sesuatu yang selama ini saya cari,melalui adik tersayang saya diperkenalkan dengan Ilmu Ilahi melalui Master Hadzrin.Saya dapat merasakan perbezaan dalam hidup saya selepas saya mempelajari ilmu dasar hingga peringkat master dan saya ingin mempertingkatkan lagi.Alhamdulillah apa yang saya hajati dengan izin ALLAH SWT berjaya saya perolehi dengan tidak disangka baik dari segi kerjaya,keluarga mahupun dengan sekeliling. Alhamdulillah hajat saya untuk mendapat zuriat dan berpindah disisi suami turut termakbul dengan izin ILAHI.Bukan saya sahaja malah suami turut bersama mempelajari serta menggunakan produk master dan termasuk 2 orang lagi adik kesayangan saya.Malah kami sekeluarga amat gemar dengan mandian aura,kerana AURA nya amat menakjubkan.Saya berasa lebih tenang dan lebih mengenali diri dan PENCIPTA.Begitu besar kuasa ILAHI.. Saya telah menggunakan beberapa produk antaranya mandian aura sukses,dompet magnetik dan collogen gold. Semasa hari lahir adik saya menghadiahkan dompet magnetik yang lebih kuat tarikannya alhamdulillah rezeki saya tidak pernah putus.Blog master antara yang perlu saya lawati banyak manfaat yang saya perolehi dan saya boleh kongsikan bersama keluarga dan sahabat.Bukan kata-kata kosong tapi ianya mendekatkan diri dengan ILAHI serta membuka minda mata hati untuk dunia dan akhirat.Terima kasih master dengan blog baru yang lebih berinformasi moga master terus berjaya murah rezeki didunia dan akhirat.Bagi rakan yang belum mencuba jika ingin berubah kepada yang lebih baik inilah masanya...
Nor saadah Mohd Nasir
Selangor
Asslm sdkt perkongsian. pada 23/6 saya dalam proses sembuh dpd demam panas. di kala malam, suhu badan agak tinggi sehingga saya tak selesa nak tidur. sebelum tidur saya transfer energi penyembuhan ke dalam sebotol air. alhamdulillah pada keesokan harinya, demam saya sudah kebah tanpa saya makan ubat seperti panadol, ubat batuk dan sebagainya. hanya energi penyembuhan semata-mata. terima kasih Allah. sememangnya ilmu Tendai sangat berguna. xlupe juga tq kepada master hadzrin.
Insyirah
Shah Alam
Assalamualaikum,master.semoga sentiasa cht selalu.terima kasih kepada Allah kerana mempertemukan saya dengan master hadzrin.selepas menimba ilmu tahap dasar.byk perubahan pada diri dan kwn2 sekliling.kbyakan mereka jadi positif mind set.sungguh hebat sekali.dan banyak rezeki yg datang.alhamdulillah.jom amalkan selalu,semoga kita menjadi orang yeng bermanfaat kpd org di sekliling kita.insyallah
Muhamad ilyas
kedah

PENDAFTARAN TENDAI JARAK JAUH

Belajar secara jarak jauh dengan dibekalkan :

  • Garam sebagai media pengijazahan

  • Manual Tendai

  • CDROM untuk video penerangan

  • Dimasukkan ke dalam Group Whatsap untuk update info dan bimbingan dari Ahli lama.

Belajar secara jarak jauh dengan dibekalkan :

  • Garam sebagai media pengijazahan

  • Manual Tendai

  • CDROM untuk video penerangan

  • Dimasukkan ke dalam Group Whatsap untuk update info dan bimbingan dari Ahli lama.

  • Dapat Sijil Tendai Master

  • Bimbingan Online bersama Ahli Master Tendai yang lain menggunakan Video Conference

  • Peringkat Master boleh menurunkan ILMU TENDAI peringkat Dasar.

Support Secara Online Tendai Master Program

"Let Our Journey Begin" ~Hadzrin Shaari